Jumaat, Ogos 01, 2008

DINASTI KOMERSIAL

Dari pengalaman jatuh bangun selama 20 tahun dalam perniagaan (bukan senang nak senang), saya ingin mencuba suatu konsep perniagaan yang dijangka boleh mengubah haluan pemasaran masa kini. Ini jangkaan saya dan saya berkeyakinan penuh yang konsep ini akan berjaya.


Orang yang berjaya percaya apa yang bakal berlaku

sebaliknya

Orang biasa yakin apabila sesuatu sudah menjadi kenyataan

Pihak kilang meminta saya meninjau-ninjau mana-mana anak dara, anak teruna, mak orang, bapak orang dan tak lupa mak janda yang berpandangan jauh, menjadi rakan yang kukuh untuk menubuhkan sebuah DINASTI KOMERSIAL di negeri Terengganu. Sekali imbas, nampak macam berangan. Nak buat camna, saya ni kuat berangan.


Tiada ulasan: