Jumaat, Ogos 01, 2008

Harga?


Berat se pek : 40 gram

Harga agen : RM 0.80

Harga Borong : RM 1.00

Harga Runcit : RM 1.60

XXX MADU CUKA EPAL

XXX kat depan tu nanti kita tukarkan dengan nama yang sesuai. Saya dah cakap kat tokey kilang tu, jangan taruk 18SX, nanti tak laku lak madu cuka epal ni.

Ia merupakan suatu minuman nutrien yang telah diterima umum sejak berabad dahulu. Membantu badan kita untuk membakar makanan yang kita makan. Budak-budak sekolah pun tau benda ni. Bukan macam bakar sampah tu...

Ia menukar makanan menjadi tenaga dan amat berkesan untuk perlangsingan badan. Keletihan boleh menyebabkan pengeluaran asid laktik secara berlebihan dan menjadikan darah dan bendalir badan menjadi berasid.

Cuka epal boleh melarutkan asid laktik ini menjadikan bendalir badan jadi kurang berasid. Pada masa yang sama, ia juga bermanfaat untuk menyerikan kulit dan mengelakkan keletihan. Sesuai sangat la kalau minum masa berbuka nanti. Ramadhan tak lama dah...

Ia merupakan suatu minuman aromatik yang tidak merosakkan perut @ usus dan sangat digemari ramai. Anak pompuan saya yang umur 11 tahun tu suka cicah ngan roti. Saya ngan mak dia suka minum ngan ais. Perghhh... sejuk nyaman dan nak lagi. Masam-masam manis gitu.

Minumlah dengan kerap untuk mengekalkan kelangsingan badan dan kecantikkan diri di samping mengekalkan kesihatan.

DINASTI KOMERSIAL

Dari pengalaman jatuh bangun selama 20 tahun dalam perniagaan (bukan senang nak senang), saya ingin mencuba suatu konsep perniagaan yang dijangka boleh mengubah haluan pemasaran masa kini. Ini jangkaan saya dan saya berkeyakinan penuh yang konsep ini akan berjaya.


Orang yang berjaya percaya apa yang bakal berlaku

sebaliknya

Orang biasa yakin apabila sesuatu sudah menjadi kenyataan

Pihak kilang meminta saya meninjau-ninjau mana-mana anak dara, anak teruna, mak orang, bapak orang dan tak lupa mak janda yang berpandangan jauh, menjadi rakan yang kukuh untuk menubuhkan sebuah DINASTI KOMERSIAL di negeri Terengganu. Sekali imbas, nampak macam berangan. Nak buat camna, saya ni kuat berangan.