Sabtu, Ogos 02, 2008

IKLAN

Itu hari tokey ada cakap nak buat iklan besar-besaran. Buat masa ni secara kecil-kecilan dulu. Tak buat iklan pun, orang pompuan dah tau apa itu madu dan bermadu. Saya tak berani nak janji. Tunggu dan lihat.

AGEN SAMBILAN

Agen kita ni banyak kerja lain tapi jenis tak boleh duduk diam. Tak pun bosan duduk kat rumah dengar bini berleter je...

Dalam pada tu, dia ada wawasan tersendiri. Ada matlamat. Ada cita-cita. Jarang kita jumpa anak muda camni.

Sebelum keluar rumah, dia dah nekad;

"hari ni kalau aku tak boleh jual 5 dozen, jangan harap aku balik"

Modal Agen RM 0.80 @ 60 pek = RM 48.00

Harga Borong RM 1.00 @ 60 pek = RM 60.00

Gaji hari tu RM 12.00

AGEN RAJIN

Nak jadi agen?

Berapa modal yang diperlukan?

Nak pinjam kat mana?

Tekun ada keluar pinjaman ker?

Jangan paksa diri. Saya pun bukannya nak ramai sangat agen daerah. Kalau boleh nak ajak mana-mana yang telah/pernah berurusan ngan saya sebelum ni. Mereka ni dah kenal saya dan tahu bagaimana cara saya bekerja.

Setiap agen perlu sediakan stok sebanyak 50 dozen. Kalau kena caranya, 50 dozen sehari pun tak cukup. Tak kena cara, simpan baawah katil je lah. Fikir betul-betul sebelum membuat keputusan untuk melabur.


Modal Agen RM 0.80 @ 600 pek = RM 480.00

Harga Borong RM 1.00 @ 600 pek = RM 600.00

Keuntungan 20% = RM 120.00


p/s:

Modal Agen RM480.00. Kalau dalam sehari boleh tolak kat mana-mana kedai kopi sebanyak 50 dozen, bermakna gaji kita pada hari tu RM120.00